Selasa, 20 Mei 2008

Pesan Saddam kepada Bush

wahai saudara Presiden
anak belukar yang namanya belukar jua
salam saya untuk anda dan bapa anda
moga anda berdua sentiasa ditimpa musibah
kerana anda, bapa anda malah saya juga
adalah makhluk yang tidak diperlukan alam

hancurluluhbinasa bumi Iraq ini anda lakukan
demi demokrasi acuan anda sendiri
hatta saya juga punya acuan demokrasi
atas harga bangsa Syiah dan Kurdish

esok anda akan menamatkan talian hayat saya
sayang kita tidak dapat berhubung lagi

ingatlah wahai Bush anak Bush
bangsa Iraq ini tidak sesekali akan mati
walau berkali dibunuh oleh Tartar
walau seribu satu anak lelaki kau penggal kepala mereka
walau kaubunuh benih-benih mereka sejak dalam rahim
walau kaulimpahi Sungai Tigris jadi merah
tetap lahir anak-anak syuhada menuntut negara mereka kembali

saksikanlah nanti lahir sepuluh lagi Harun al-Rasyid


8 Mei 2008

Tiada ulasan: